Selasa, 15 September 2009

PERNYATAAN PROFESIONAL

Saya merupakan salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,

Jitra, Kedah Darul Aman dengan opsyen major Pengajian bimbingan dan Kaunseling. Saya akan

menjalani praktikum 12 minggu di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara (SKDWK) bermula

21 Jun 2009 sehingga 17 September 2009. Program latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai

memenuhi syarat yeng telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru.

Keazaman dan harapan melalui latihan praktikum ini ialah memperoleh pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan dengan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah khususnya. Selain itu, dalam tempoh tersebut saya juga mengharapkan ia merupakan satu peluang terbaik untuk saya mengenali budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan awal sebelum saya dihantar mengajar kemudian nanti. Diharapkan saya akan dapat mengutip dan menimba seberapa banyak ilmu, pengetahuan serta pengalaman yang berguna agar dapat saya aplikasikan dalam dunia kerjaya saya kelak.

Saya akan cuba mempraktikkan ilmu yang telah saya pelajari sepanjang semester pertama belajar di institut bagi membantu murid-murid di sekolah tersebut. Dalam masa yang sama, saya boleh merasai sendiri pengalaman melaksanakan sesi bersama murid-murid. Dalam masa yang sama, saya boleh mengaplikasikan teori-teori kaunseling yang telah saya pelajari sebelum ini.

Akhir kata, diharapkan seluruh warga SKDWK dapat menerima kehadiran saya di situ malahan dapat menimba banyak perkara berguna di situ sebagai persediaan awal sebelum saya melangkah ke alam perguruan dan pendidikan yang penuh cabaran ketika ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan