Selasa, 15 September 2009

KOD ETIKA GBKSM / GBSM

1. GBKSM / GBSM hendaklah mematuhi undang-undang negara dan
melaksanakan tugasnya berlandaskan undang- undang tersebut.

2. GBKSM / GBSM hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang GBKSM / GBSM dan integriti profesion.

3. GBKSM / GBSM hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

4. GBKSM / GBSM hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur.

5. GBKSM / GBSM hendaklah diselia dan dinilai tugasnya oleh penyelia profesional melalui penyeliaan lazim dan sokongan perunding.

TANGGUNGJAWAB GBKSM / GBSM

1. GBKSM / GBSM bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien.

2. GBKSM / GBSM hendaklah menghormati hak klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa menjalankan perkhidmatan melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang di persekitarannya.

3. GBKSM / GBSM hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio ekonomi klien serta menerima mereka tanpa syarat.

4. GBKSM / GBSM hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien serta tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri.

5. GBKSM / GBSM hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya.

6. GBKSM / GBSM hendaklah merujuk klien kepada pihak yang berkaitan jika mengikut pertimbangannya klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya.


TANGGUNGJAWAB GBKSM / GBSM TERHADAP RAKAN PROFESIONAL

1. GBKSM / GBSM hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya.

2. GBKSM / GBSM hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.

3. GBKSM / GBSM bertanggungjawab mengingatkan rakan profesional mengamalkan nilai-nilai dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang sepatutnya.

4. GBKSM / GBSM hendaklah bersedia membantu rakan profesional yang teraniaya .


TANGGUNGJAWAB GBKSM / GBSM TERHADAP MASYARAKAT

1. GBKSM / GBSM hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio budaya masyarakat.

2. GBKSM / GBSM hendaklah sentiasa memberi khidmat untuk memenuhi kehendak masyarakat dalam konteks pendidikan dan pembangunan murid.


TANGGUNGJAWAB GBKSM / GBSM TERHADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN

1. GBKSM / GBSM hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan, keberkesanan perkhidmatan organisasinya.

2. GBKSM / GBSM hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalismenya.

3. GBKSM / GBSM hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dengan ahli-ahli dalam organisasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan